Ilmu Kalam Menurut Imam Syafi'i

 Ilmu Kalam.


Golongan yang mencela Ilmu Kalam biasanya akan menukilkan kata-kata Imam Syafie (150H - 204H) yang mencela Ilmu Kalam Hbsebagai hujah mereka. Namun begitu, sejauh mana kebenaran Imam Syafie mencela Ilmu Kalam?


1. Imam Syafie berkata, "Sesiapa yang menguasai Ilmu Kalam, dia tidak berjaya"


Imam Baihaqi menjelaskan, "Beliau maksudkan Ilmu Kalam ahli bid’ah yang meninggalkan Al-Kitab (Al-Quran) dan Sunnah dan menjadikan akal sebagai pegangan. Mereka meluruskan Al-Quran sesuai dengan kehendak akal mereka. Apabila disampaikan Sunnah yang bertentangan dengan pendapat mereka. Maka mereka menuduh para perawinya dan mereka berpaling daripadanya." 


"Adapun Ahli Sunnah maka mazhab mereka dibina berdasarkan Al-Kitab dan Sunnah. Mereka berpegang dengan akal untuk menolak anggapan bahawa mazhab mereka tidak bersifat¹ rasional." (Manaqib Al-Syafie, h.463)


2. Imam Syafie berkata, "Seseorang diuji dengan semua perkara yang Allah larang kecuali syirik kepada Allah, adalah lebih baik daripada Allah mengujinya dengan Ilmu Kalam."


Imam Baihaqi menjelaskan, "Sesungguhnya Imam Syafie menghendaki dengan kata-kata ini terhadap Hafsh dan seumpamanya daripada ahli bid'ah. Inilah maksudnya kata-katanya pada setiap riwayat yang mengatakan Imam Syafie mencela Ilmu Kalam dan ahli Ilmu Kalam." (Manaqib Al-Syafie, h.454)


3. Imam Syafie menguasai Ilmu Kalam dengan baik.


Pada suatu hari, Imam Syafie berbicara dengan sebahagian ulama fuqaha'. Beliau berbicara dengan cara yang terperinci, mendalam dan mendalami perbahasan. 


Kemudian ada orang berkata kepada Imam Syafie,  “Wahai Abu Abdillah, cara kamu jelaskan ini untuk ahli Ilmu Kalam, ini bukan cara ahli Halal dan Haram (fuqaha')".


Imam Syafie berkata, “Aku menguasai itu (Ilmu Kalam), sebelum menguasai ini (ilmu Fiqh).” (Manaqib Al-Syafie, h.457)


4. Imam Syafie bercakap tentang Ilmu Kalam dan berdebat dengan Hafsh Al-Fard yang mendakwa Al-Quran adalah makhuk.


Imam Baihaqi berkata, "Bagaimana Ilmu Kalam di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah dicela sedangkan Imam Syafie turut bercakap tentang ilmu ini? Beliau juga berdebat dengan sesiapa yang ingin berdebatnya. Beliau menyingkap kesesatan ahli bid'ah."


Al-Rabi' bin Sulaiman bercerita bahawa dia menghadiri majlis Imam Syafie. Di situ turut hadir Abdullah bin Abdul Hakam, Yusuf bin Amr dan Hafsh Al-Fard.


Hafsh bertanya kepada Abdullah bin Abdul Hakam, "Bagaimana pendapat kamu tentang Al-Quran?"


Abdullah tidak mahu menjawabnya. Kemudian Hafsh bertanya kepada Yusuf bin Amr. Yusuf juga mahu tidak menjawabnya. Kemudian keduanya mengisyaratkan kepada Imam Syafie. 


Kemudian Hafsh bertanya kepada Imam Syafie. Lalu Imam Syafie mematahkan hujah Hafsh. Kemudian perdebatan menjadi panjang. 


Akhirnya, Imam Syafie menang hujah ke atas Hafsh bahawa Al-Quran adalah kalam Allah dan bukan makhluk. Beliau juga mengkafirkan Hafsh.


Al-Rabi' bercerita dia bertemu Hafsh. Hafsh berkata, "Syafie hendak membunuh aku." (Manaqib Al-Syafie, h.455)


5. Imam Syafie mencela Ilmu Kalam yang menggunakan akal semata-mata dan meninggalkan Al-Quran dan Sunnah.


Imam Syafie menyebut, "Setiap orang berkata berdasarkan Al-Kitab dan Sunnah, itulah sempadan yang wajib. Setiap orang bercakap tanpa Al-Kitab dan Sunnah maka ia adalah hazayan (percakapan orang tidak siuman)."


Imam Baihaqi berkata, "Kisah-kisah yang disebut ini menunjukkan bahawa Imam Syafie membenci Ilmu Kalam yang tidak perpaksikan kepada Al-Kitab atau Sunnah." (Manaqib Al-Syafie, h.470)


6. Golongan yang menukilkan kata-kata Imam Syafie mencela Ilmu Kalam, ada yang mengambil kata-katanya daripada kitab Manaqib Al-Syafie karangan Imam Baihaqi. 


Malang sekali mereka mencedok apa yang sesuai dengan jiwa mereka dan meninggalkan penjelasan Imam Baihaqi terhadap kata-kata Imam Syafie. 


7. Jelas kepada kita bahawa Imam Syafie mencela Ilmu Kalam pada zamannya yang berpaksikan semata-mata kepada akal dan meninggalkan Al-Quran dan Sunnah. Ilmu Kalam inilah yang ditentang keras oleh Imam Syafie.

paksikan kepada Al-Quran, Sunnah dan hujah akal. Ilmu Kalam ini tidak termasuk dalam celaan Imam Syafie.  


Adapun ilmu kalam yang diperlopori oleh Abu Al-hassan Al -Asy'ari (260H-326) lahir selepas kewafatan imam Syafie sentiasa berpaksikan kepada al-Quran, sunnah dan hujah akal. Ilmu kalam ini tidak termasuk dalam celaan imam Syaife.

====

Copas dari group wa

0 Response to "Ilmu Kalam Menurut Imam Syafi'i"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel